Monday 3 October 2011

LOVE KIDS ...





I'M BACKKK!!!!

Salam semua pengunjung blog Ainzz Photography ni...lamanya tak update blog ni...maklumlah buzy dengan macam-macam perkara...walaupun hati ni beriya-iya nak update blog ni...Sepanjang tempoh 'kehilangan' saya itu jugalah saya telah mendapatkan apa yang dicita-citakan iaitu untuk memiliki camera DSLR sendiri, dimana sebelum ni saya hanya meminjam DSLR (nikon d5000) milik abang saya untuk mengambil gambar-gambar yang ada didalam blog ni sebelum ini, memandang DSLR itu bukan milik sendiri, masa / ruang untuk mempelajari teknik fotografi juga agak terhad...Jadi dengan muncul nya saya kembali pada hari ini hanya sekadar ingin berkongsi dengan anda semua gambar-gambar yang telah saya praktik & hasilkan dengan menggunakan 'my new baby' iaitu CANON 550D + KIT LENS + CANON 50MM + TAMRON 70-300MM + YN560 FLASH + BATTERY GRIP....berbulan2 mengumpul semua tu...huhu syukur alhamdullilah...sekarang ni saya cuma perlu perbanyakkan 'latihan' dari segi teknik fotografi ni...Dalam masa yang saya moga-moga akan ada orang yang sudi komen gambar-gambar yang di 'capture' oleh 'new bie' macam saya ni...

Friday 14 January 2011

“Piece of the Artic” Pie Chart Photo Manipulation

I saw some beautiful 3D illustration of Madagascar that inspired me to create this illustration. In this tutorial, I’ll share my experience in recreating this illustration. This tutorial will utilize Photoshop 3D features, layer masking, and a lot of selections.

Preview of Final Results

Piece of the Artic Pie Chart Photoshop Tutorial

Step 1

Create a new layer (Ctrl+N) with 1600x1200px wide and resolution is set to 150dpi. Create a new layer, fill it with solid 50% gray color.
step-001[28]
 

Step 2

Create a 3D shape by accessing menu 3D > New Shape From Layer > Cylinder. Use one of the 3D Object tool to reduce the cylinder's height as seen below.
step-002[28]

Step 3

Increase the cylinder size by dragging up the middle square in the 3D Axis, see image below.
step-003[28]

Step 4

Still using the 3D Object Rotation tool, adjust the perspective like shown below. Show the 3D panel by going to Window > 3D menu. Inside the 3d panel, click scene button to see option about material and render settings. Click the Edit button to show the 3D Render Settings dialog, we need to see some wire frames for guidelines, so check the second option (wire frame box icon), then adjust Crease Threshold value to 0. Click OK to apply changes.
step-004[27]

Step 5

Convert 3d object layer into a raster layer, then create a new layer above it. Using solid round brush, draw a guideline to mark the area we're going to cut.
step-005[28]

Step 6

Create a light blue (RGB: #6dcff6) ellipse using ellipse tool, make sure you create it below the guideline layer. Using Edit > Free Transform Path command to adjust ellipse's width and height. Don't forget to hit Enter when you're done transforming.
step-006[28]

Step 7

Create a new ellipse shape below the first one, notice that I rename the layers for easier recognition. Use free transform command to adjust ellipse's width & height, following the 3d model as guidance. This process will be easier if we can look the 3d model, so reducing the layer's opacity surely will help us. As for the bottom edge part, use warp command to bend it. Hit Enter when you're done.
step-007[28]

Step 8

Still in the layer bottom, select Pen tool from tool bar. Activate subtract from shape area option, then follow the guidelines to create a triangle-like shape. Because we're using subtract from selection mode, the triangle will 'cut' the ellipse as seen below.
step-008[28]

Step 9

Click layer top thumbnail, then repeat the same step as before to cut the ellipse using Pen tool.
step-009[28]

Step 10

We don't need the 3d model layer anymore, so you can hide or delete it now. Still using Pen tool, create the left, inside & right shape (I assume you already know how to use Pen tool). For easier recognition, I suggest using different blue color tone for each shape. Make sure the layers order from top to bottom are like this: layer top, right, inside, left, bottom (see image below for more details).
step-010[28]

Step 11

Now you've done creating the 3D pie, hide or delete the guideline layer since we no longer need it. The next step is adding texture, but first you have to decide where to put the light source. You don't have to draw a polygonal shape to do this step, just visualize in your mind that the light source is from the top right corner (as seen below). Knowing the light source will make your work easier, because you know where to draw shadows and highlights globally.
step-011[28]

Step 12

Open the water image (File > Open). Press Ctrl+A to select all parts of the image, then press Ctrl+C to copy it to clipboard. Get back to 3D pie image and press Ctrl+V to paste the water image. Make sure you place it above the TOP layer and name it wave.
step-012[28]

Saturday 1 January 2011

Tip Memilih Lens Untuk Wedding Photography




Sebagai seorang jurugambar terutamanya dalam perkahwinan, mencari sudut dan moment yang sesuai pada sesuatu masa adalah faktor penting dalam kerjaya saya. Selain kemahiran berkomunikasi dengan pengantin dan ahli keluarga, memilih lens yang betul pada sesuatu masa adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai supaya setiap keadaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Secara umum, saya membawa 3 jenis lens untuk setiap assignment, iatu:

1. 17-40mm f4
2. 70-200mm f2.8
3. 50mm f1.8

Setiap lens mempunyai kelebihan dan kegunaan yang spesifik mengikut range masing- masing. Seperti yang kita tahu, di setiap rumah, masjid atau dewan yang kita kunjungi mempunyai character yang berlainan. Ada tempat yang sempit, ada yang memanjang, ada yang bulat, siling yang tinggi, dinding papan dan sebagainya yang memerlukan kita mengubah setting pada kamera dan juga lens yang kita gunakan.
Untuk saya, setiap lens yang saya miliki digunakan untuk kegunaan- kegunaan spesifik seperti berikut:

1. 17-40mm f4
- mengambil suasana seluruh ruang tamu yang menempatkan tetamu untuk menunjukkan suasana majlis
- menunjukkan perspektif sesuatu kawasan supaya blend dengan subjek
- di ruangan yang sempit

2. 70-200mm f2.8
- untuk komposisi yang tight, seperti muka atau tangan subjek sahaja
- candid moment yang berlaku agak jauh dari saya dan biasanya tidak disedari oleh subjek
- untuk fokus kepada subjek sahaja tanpa mengambil kira elemen- elemen sekeliling/ suasana
- detail yang berada di lokasi yang mana kita tidak dapat menghampirinya kerana ketiadaan ruang.

3. 50mm f1.8
- detail seperti hantaran, cincin dan objek lain yang tidak berada di dalam kategori moment. (objek- objek yang boleh diambil gambar pada bila- bila masa semasa majlis berlangsung)
- portrait subjek selepas tamat sesi make- up, terutamanya portrait dari pinggang ke atas.
- portrait yang tidak mahu menggunakan flash, jadi aperture yang besar amat membantu untuk mendapat kesan yang lebih asli.

Walaupun setiap jurugambar mempunyai sebab- sebab tersendiri dalam melilih lens pada sesuatu masa, bagi saya inilah tugas  setiap lens yang saya miliki digunakan dalam setiap assignment. Pemahaman tentang kelebihan, kekurangan dan characteristic setiap lens adalah satu tanggungjawab jurugambar untuk menghasilkan hasil kerja yang memuaskan dan menarik. Apabila kita memahami fungsi setiap lens, barulah kita boleh menggunakannya untuk impak yang maksima.

Dalam pada itu juga, bila dan dimana hendak menggunakan setiap lens  merupakan faktor yang penting yang perlu diberi perhatian oleh jurugambar. Kita tidak mahu menggunakan lens yang tidak cukup untuk memasukkan objek- objek yang kita kehendaki dan kemudian moment tersebut telah berlalu tanpa boleh diulangi lagi. Perkara- perkara seperti ini memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk tidak diulangi dalam setiap assignment. 

Artikel Ihsan - Detik Indah

Lensa yang Sesuai Untuk ‘Wedding’?

Apa lensa yang paling sesuai untuk fotografi perkahwinan (wedding)? Saya percaya soalan ini amat popular kita dengar dari rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan fotografi perkahwinan.
Saya gunakan lensa 18mm-55mm. 18m cukup untuk ‘wide’ dan 55mm bagus untuk potret.
Jika anda mempunyai kamera dan lensa kit tetapi belum mempunyai flash, tidak perlu peningkan kepala untuk fikir beli lensa mana satu. Beli flash dulu.
Saya lebih selesa bekerja dengan adanya flash/ speed light. Sebabnya, fotografi memang memerlukan cahaya. Tanpa cahaya, kita tak boleh merakam gambar. Bagi saya, untuk shot ‘wedding’, saya akan bawa kamera, lensa 18mm-55mm dan flash kerana ini peralatan utamanya yang saya rasa amat sesuai untuk kesemua keadaan. Sebagai tambahan, saya bawa juga lensa 5omm f1.4.


Inilah lensa utama pilihan saya untuk  shot ‘wedding’. 18mm-55mm. Secara peribadi, saya suka menggunakan lensa ini sebab ianya ringan dan hasil gambarnya juga bagus. Tiada masalah pada gambar selama 4 tahun saya gunakan lensa 18mm-55mm. Hasil untuk printing pun bagus.
Ada yang takut menggunakan lensa ini untuk shot ‘wedding’. Sebabnya utamanya lensa murah dan keduanya aperture tak cukup besar. Selebihnya malu sebab rakan-rakan lain guna lensa yang lebih besar dan mahal. Rakan-rakan sekalian, kita kena faham situasi kebanyakan lokasi majlis perkahwinan di Malaysia tidak kira di rumah kampung, bandar atau hotel adalah kurang cahaya kebiasaanya (dalam bangunan).
Ya betul penggunaan lensa aperture besar seperti f1.2, f1.4,f 2.8 atau sebagainya kadangkala membantu. Lihat pula harganya yang jauh lebih tinggi. Jika anda mampu tiada masalah untuk memiliki lensa yang mempunyai aperture besar. Jika tidak, gunakanlah lensa kit yang sedia ada. Jadi yang penting adalah flash/speed light. Tidak keterlaluan jika saya katakan flash antara peralatan wajib untuk jurugambar perkahwinan di Malaysia.
Ok, sekali lagi saya menjawab soalan bagi tajuk di atas dengan ikhlas:
“Pada saya, lensa 18mm-55mm adalah amat sesuai untuk shoot ‘wedding’ jika kita tiada budget yang tinggi, jika ada budget yang tinggi, belilah lensa yang lebih mahal dan berkualiti yang didatangkan dengan aperture yang lebih besar seperti 17mm-55mm f2.8, 70mm-200mm f2.8”.
Lain orang lain pendapat, betul tak? :)
Ok…GO!!!

Artikel - Ihsan  Noorizamsabran

Tuesday 28 December 2010

7 Istilah Fotografi

Ini ada satu lagi artikel yang menarik untuk anda:


7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi Perkahwinan

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

1) 'Photographer' atau 'cameraman'
Sebenarnya, perkataan 'photographer' dan 'cameraman' merujuk kepada
dua kerjaya yang berbeza. 'Photographer' atau jurugambar adalah
orang yang merakam gambar foto. Manakala 'cameraman' atau
jurukamera adalah orang yang merakam gambar video. Jadi, gunakan
istilah yang betul agar tidak timbul kekeliruan dalam komunikasi
anda.

2) Fotografi digital & analog
Fotografi digital menggunakan kaedah merakam gambar foto tanpa
menggunakan filem. Fotografi analog pula memerlukan filem sebagai
alat untuk merakam gambar. Penggunaan kamera digital amat meluas
pada masa kini kerana ianya amat memudahkan kerja jurugambar,
sekaligus membantu jurugambar merakam gambar dengan lebih baik.
Sekiranya gambar anda dirakam dengan kamera analog, anda perlukan
negatif untuk membuat cetakan gambar. Namun, jika kamera digital
digunakan, anda perlukan fail jpeg atau lain-lain fail imej untuk
membolehkan gambar itu dicetak. Fail gambar ini biasanya disimpan
di dalam CD. Gambar dari kamera digital hanya boleh dicetak di
kedai gambar digital.

3) 'Photojournalistic style' & gaya fotografi tradisional
Rakaman gambar perkahwinan dengan pendekatan 'photojournalist'
semakin diminati ketika ini. Gaya fotografi ini memperlihatkan
banyak rakaman gambar kandid dengan aksi bersahaja. Setiap perkara
akan dirakamkan seperti mana ianya berlaku tanpa arahan dari
jurugambar. Antara teknik yang digunakan adalah penggunaan cahaya
semulajadi yang membuatkan sesuatu gambar itu lebih realistik. Gaya
fotografi tradisional pula adalah pendekatan rakaman gambar yang
lebih tertumpu kepada rakaman potret pasangan pengantin dan perkara
lain yang berkaitan secara terus denga sesuatu majlis perkahwinan.
Namun, selain dari gaya yang disebutkan, terdapat banyak lagi
pecahan gaya lain dalam rakaman gambar perkahwinan.

4) Album 'sticky', poket dan eksklusif
Album 'sticky' adalah album dimana kita boleh melekatkan gambar di
atas mukasuratnya dan kemudian gambar tersebut akan dilitupi oleh
helaian plastik nipis. Album poket atau 'slip-in' pula adalah album
yang sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk kita menyisip gambar
ke dalamnya. Kini, dengan perkembangan teknologi fotografi digital,
sejenis lagi album gambar telah diperkenalkan. Album gambar ini
mampu mempersembahkan gambar foto dengan cara yang sangat menarik.
Album gambar ini dikenali dengan beberapa nama seperti 'exclusive
album', 'digital album', 'special album', 'storyboard album' dan
sebagainya. Secara umumnya, album ini bersaiz
8 X 10 inci atau lebih besar. Gambar-gambar di dalamnya akan
disusun atur dengan saiz dan kesan khas yang pelbagai.

5) Saiz gambar
Terdapat berbagai saiz gambar yang biasa digunakan. Gambar 3R bersaiz
3 X 5 inci adalah satu saiz yang popular satu masa dulu, kini
digantikan dengan saiz 4R iaitu 4 X 6 inci. Gambar saiz ini
biasanya sesuai dimuatkan ke dalam album. Untuk saiz yang lebih
besar yang sesuai dipaparkan dalam bingkai untuk hiasan meja adalah
5R ( 5 X 7 inci ) dan 8R ( 8 X 10 inci ). Gambar yang lebih besar
dan sesuai untuk bingkai hiasan dinding adalah saiz 11R ( 11 X 14
inci ) atau 16R ( 16 X 20 inci ). Anda juga boleh cuba membesarkan
gambar dengan saiz 'panoramic' atau 'square' untuk mendapatkan
kelainan pada paparan gambar anda. Satu perkara penting yang harus
diingat sebelum membesarkan gambar ialah, anda perlu pastikan yang
gambar tersebut benar-benar tajam dan beresolusi tinggi. Jika
tidak, gambar tersebut akan kelihatan kabur setelah dibesarkan.

6) Pembantu jurugambar
Ada jurugambar yang menggunakan pembantu jurugambar apabila
melakukan tugasan merakam gambar perkahwinan. Pembantu jurugambar
penting untuk membolehkan jurugambar bekerja dengan lebih efisyen.
Jurugambar akan memberi sepenuh tumpuan kepada aspek artistik
sesuatu subjek, manakala pembantu jurugambar akan membantu dari
aspek teknikal. Namun, cara kerja ini melibatkan kos tambahan pada
harga perkhidmatan fotografi yang diberikan.

7) Gambar hitam putih dan sepia
Gambar hitam putih dan sepia ( warna coklat ) kini semakin
diminati. Ianya memberikan sentuhan klasik atau nostalgia pada
sesebuah gambar. Namun, kebanyakan gambar hitam putih atau sepia
ketika ini tidak melalui proses yang tulen sebagaimana gambar hitam
putih yang sebenarnya. Ini kerana, kos untuk menghasilkan gambar
hitam putih yang tulen adalah lebih tinggi dari kos untuk
menghasilkan gambar warna. Gambar hitam putih yang asli dihasilkan
dengan merakam gambar menggunakan filem hitam putih dan dicetak di
atas kertas hitam putih juga. Tona gambarnya lebih baik dan ianya
tahan lebih lama. Kebanyakan gambar hitam putih sekarang ini
dihasilkan dengan merakam gambar dengan kamera digital. Kemudian,
gambar tersebut diubahsuai menjadi hitam putih di dalam komputer
dan seterusnya dicetak seperti biasa.

Harap artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai fotografi perkahwinan, sila layari http://www.adan.biz

Tuesday 23 November 2010

Salam semua....post kali ni saya just nak share dengan anda semua picture2 yang diambil pada satu Seminar Usahawan Muda Malaysia Anjuran MYFREN 2010 yang diadakan di Time Square pada 26 & 27 Oktober 2010 baru-baru ini...Tetapi Picture2 ini hanya diambil pada hari kedua seminar iaitu pada 27 Oktober 2010.