Saturday, 1 January 2011

Tip Memilih Lens Untuk Wedding Photography




Sebagai seorang jurugambar terutamanya dalam perkahwinan, mencari sudut dan moment yang sesuai pada sesuatu masa adalah faktor penting dalam kerjaya saya. Selain kemahiran berkomunikasi dengan pengantin dan ahli keluarga, memilih lens yang betul pada sesuatu masa adalah kemahiran penting yang perlu dikuasai supaya setiap keadaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Secara umum, saya membawa 3 jenis lens untuk setiap assignment, iatu:

1. 17-40mm f4
2. 70-200mm f2.8
3. 50mm f1.8

Setiap lens mempunyai kelebihan dan kegunaan yang spesifik mengikut range masing- masing. Seperti yang kita tahu, di setiap rumah, masjid atau dewan yang kita kunjungi mempunyai character yang berlainan. Ada tempat yang sempit, ada yang memanjang, ada yang bulat, siling yang tinggi, dinding papan dan sebagainya yang memerlukan kita mengubah setting pada kamera dan juga lens yang kita gunakan.
Untuk saya, setiap lens yang saya miliki digunakan untuk kegunaan- kegunaan spesifik seperti berikut:

1. 17-40mm f4
- mengambil suasana seluruh ruang tamu yang menempatkan tetamu untuk menunjukkan suasana majlis
- menunjukkan perspektif sesuatu kawasan supaya blend dengan subjek
- di ruangan yang sempit

2. 70-200mm f2.8
- untuk komposisi yang tight, seperti muka atau tangan subjek sahaja
- candid moment yang berlaku agak jauh dari saya dan biasanya tidak disedari oleh subjek
- untuk fokus kepada subjek sahaja tanpa mengambil kira elemen- elemen sekeliling/ suasana
- detail yang berada di lokasi yang mana kita tidak dapat menghampirinya kerana ketiadaan ruang.

3. 50mm f1.8
- detail seperti hantaran, cincin dan objek lain yang tidak berada di dalam kategori moment. (objek- objek yang boleh diambil gambar pada bila- bila masa semasa majlis berlangsung)
- portrait subjek selepas tamat sesi make- up, terutamanya portrait dari pinggang ke atas.
- portrait yang tidak mahu menggunakan flash, jadi aperture yang besar amat membantu untuk mendapat kesan yang lebih asli.

Walaupun setiap jurugambar mempunyai sebab- sebab tersendiri dalam melilih lens pada sesuatu masa, bagi saya inilah tugas  setiap lens yang saya miliki digunakan dalam setiap assignment. Pemahaman tentang kelebihan, kekurangan dan characteristic setiap lens adalah satu tanggungjawab jurugambar untuk menghasilkan hasil kerja yang memuaskan dan menarik. Apabila kita memahami fungsi setiap lens, barulah kita boleh menggunakannya untuk impak yang maksima.

Dalam pada itu juga, bila dan dimana hendak menggunakan setiap lens  merupakan faktor yang penting yang perlu diberi perhatian oleh jurugambar. Kita tidak mahu menggunakan lens yang tidak cukup untuk memasukkan objek- objek yang kita kehendaki dan kemudian moment tersebut telah berlalu tanpa boleh diulangi lagi. Perkara- perkara seperti ini memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk tidak diulangi dalam setiap assignment. 

Artikel Ihsan - Detik Indah

1 comment:

  1. salam,
    terima kasih kerana berkongsi artikel saya dan memberi kredit di bawah, huhu...

    ReplyDelete